Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
hari ni nak sambung segmen sudut ilmu kita ya.cewah.macam cikgu2x jak.^^.hehe..Let's continue our study about "murtad."
Makna Murtad
Bahasa: menolak @ berpaling
Syarak: Orang Islam yg meninggalkan Islam dari segala ajaran yang terkandung dalamnya. Mereka akan menghalalkan segala sesuatu yg telah diharamkan oleh Allah.
Hukum Murtad
Mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat .Selain itu , hasil sembelihan mereka tidak halal untuk dimakan.
Dari segi perkahwinan pula, orang Islam yg berkahwin dengan mereka dianggap tidak sah. Begitu juga jika dia mengahwinkan orang lain.Isteri yg kekal sedia ada, tercerai dgn rasminya kecuali lah dia kembali bertaubat.Mereka juga tidak boleh menerima sebarang pusaka sebaliknya harta itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
"Orang yg murtad bolehlah dianggap sebagai perosak agama kerana dia tidak menunjukkan contoh yg tidak baik kepada orang lain dengan mempermainkan agama Islam yg dinutinya."
Sumber: Kamus,Ismail & Azrul Azlen,A.H.(2009). Indahnya Hidup Bersyariat, Kuala Lumpur, Malaysia
No comments:
Post a Comment