سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
malam ni nak story apa ya??heheh..okla,aku maw story pasal pengorbanan..kamu tahu ka apa tu pengorbanan???hehe..in english 'pengorbanan' means sacrifice..betul kan??kalau salah tolong betulkan k..heheh..hm maw taw lebih mendalam pasal pengorbana ni??hehe..okla..tapi aku cuma bagi pendapat aku jak k..hehe..bagi aku pengorbanan ni kita boleh lihat dari beberapa kriteria..hehe..macam cikgu plak..hahah..ada orang berkorban demi cinta,keluarga,agama,bangsa,negara dan semestinya erkorban untuk diri sendiri jugak..itu yang paling penting..
tapi,apa sebab kita perlu berkorban???just nak satisfied diri kita jak ka?ataupun saja2x jak??nak dapat perhatian orang??hmm,macam2x sebab boleh timbul kan??hehe
bagi aku,pengorbanan tu sesuatu yang perlu kita lakukan dan sanggup meninggalkan sesuatu perkara yang kita sukai,sayangi,cintai,dan sebagainya la,demi kebaikan dan kepentingan kita sendiri,keluarga,agama,cinta dan lain2x lagi..memang aku akui,pengorbanan ini memerlukan kekuatan dalaman dan luaran..kalau tidak ada 2 item ni,maka tidak akan terjadi lah pengorbana itu..:)..
kalu difikir2x balik,berapa kali dah aku berkorban ya??let me see 1st..hehe..aku sanggup tinggaklan family aku yang jauh nun di bumi sabah demi meneruskan cita2x aku untuk sambung study di menara gading..(mood;sedih..homesick..;(...kalulah aku boleh bg pindah u ni p sebelah rumah aku kan best..haha..logik ka??)..aku tinggalkan parents aku,adk-beradik aku,and family aku yang sangat2x aku sayangi dan rindui ketika ini..:(..tapi its ok HALIMAH,kau masuk u kan maw dapat segulung ijazah yang cemerlang,make your family proud to you..dan buktikan dengan semua orang yang kau mampu berjaya seperti orang lain Jugak..hehe...insyaALLAH,AMIN..:)..
okla,tu salah satu pengorbanan yg telah aku buat setakat ni..ada lagi yang lain..tapi x ingat la pulak..hehe..cukuplah satu pengorbanan jak aku cerita k..nanti dicakap apa plak kan???..ada ku kisah??haha..suka hati aku la..blog aku..hehe..:);;jokes k..hehe
actually,aku tiba2x story pasal pengorbanan ni coz masa aku on fb,aku ada mesej la cikgu aku ni,cikgu rudy,dia ajar sejarah masa aku form 6..memang aku respect la cikgu ni..aku suka cara dia mengajar..santai jak..tapi aku faham apa yang dia ajar..then,kami msej la.dia tanya macam mana kuliah>>aku cakap la banyak tugasan yang kena buat..heh..cikgu Rudy pun terus cakap la.."itulah namanya pengorbanan demi masa depan kita dan keluarga..cikgu Rudy siap remind aku lagi"ingat apa yang saya selalu cakap dalam kelas:hidup ini perlukan pengorbanan di usia muda"...hmm,aku memang setuju sangat dengan apa yang cikgu aku cakap ni..kalau difikir2x balik kan,bila masa lagi kita maw berkorban kalau bukan sekarang..??(time muda2x bha)..hehe..cuba fikir betul2x..masa ni tenaga,
buah fikiran,masih boleh berfungsi dengan baik,,jadi apalah salahnya berkorban kan??bukannya salah pun kalau berkorban,dapat pahala lagi..hehe..insyaALLAH,asalkan hati kita sentiasa ikhlas semata2x kerana ALLAH,idan sentiasa istiqomah..kan kawan2x??ehehe
for cikgu Rudy dan cikgu2x yang pernah mendidik kami semua,terima kasih banyak2x coz dah mendidik kami dengan sebaik2x nya..teguran,nasihat dan peringatan cikgu2x akan kami sentiasa amal dan praktik kan..insyaALLAH..tanpa cikgu2x semua,siapa lah kami pada hari ini..hehe..
hehe.macam maw sambut hari guru la plak.hehe..tapi takpa,jangan kita kenang jasa2x guru2x kita just on teacher's day jak kan??/hehe..always remember their sacrifices..hehe..:)
okla sini aku maw share 1 artikel tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w...baca2x la k..hehe
Contohi Pengorbanan RASULULLAH
Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. Tetapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia…” Demikianlah bait-bait puitis yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan pasangannya Zaiton dalam filem Hang Tuah suatu masa dahulu. Kedengarannya amat mudah. Namun, hakikatnya hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.
Allah menjadikan setiap ciptaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah juga keadaannya dalam rumah tangga. Isteri menjadi pelengkap suami, sementara suami pula menjadi pelengkap isteri. Justeru, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa ‘pengorbanan’ itu perlu dilakukan bagi memastikan keluarga yang dibina lengkap, ataupun setidaktidaknya berada dalam keadaan sejahtera.
Namun sayangnya, ramai yang lebih bersedia untuk berkorban ketika bercinta berbanding sesudah bergelar suami isteri. Bukankah itu merugikan kerana kita berkorban untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Sedangkan secara realitinya berkorban untuk sesuatu yang sememangnya sudah kita miliki adalah jauh lebih berbaloi.
Namun sayangnya, ramai yang lebih bersedia untuk berkorban ketika bercinta berbanding sesudah bergelar suami isteri. Bukankah itu merugikan kerana kita berkorban untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Sedangkan secara realitinya berkorban untuk sesuatu yang sememangnya sudah kita miliki adalah jauh lebih berbaloi.
Barangkali ramai yang kurang menger ti konsep pengorbanan yang sebenar. Apabila kita berkorban, ia perlu dibuat dengan ikhlas. Dan sudah tentu tidak harus wujud unsur paksaan di situ. Jika keikhlasan yang mengiringi setiap perlakuan kita, maka secara automatik tidak akan timbul rasa terbeban atau dibebankan. Malah, sebagai individu yang beriman hanya kepada Allah, kita juga perlu sedar, ganjaran terhadap pengorbanan yang kita lakukan tidak semestinya datang daripada manusia. Sebaliknya, yang lebih istimewa dan paling penting ialah imbalan yang bakal diperoleh daripada Allah SWT sama ada di dunia mahu pun akhirat.
Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?
Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Justeru, sikap saling mengungkit pengorbanan yang dibuat dalam keluarga sama ada oleh suami, isteri mahu pun anakanak bukanlah suatu yang wajar dilakukan. Malah, Islam tidak senang dengan cara sebegitu. Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. etapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.
Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?
Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.
salam pengorbanan semua..korban untuk yang baik2x jak k..hehe..jangan plak korban yang bukan2x..huhu..